AirAsia X baru saja mengumumkan mereka kembali membuka penerbangan terus ke Tehran, Iran melalui Kuala Lumpur (lapangan terbang KLIA2) dan Bangkok (lapangan terbang Don Mueang).

Penerbangan 3 kali seminggu yang akan bermula pada 21 Jun di KLIA2 dan 22 Jun 2016 di Don Mueang iniĀ  pastinya satu berita yang mengujakan bagi mereka yang gemar mengembara kerana Iran terkenal sebagai negara yang menawarkan pemandangan dan senibina menarik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui carian saya di website AirAsia.com sebentar tadi, harga tiket penerbangan dari KLIA2 ke Tehran juga sangat menarik iaitu serendah RM600++ pergi balik. Ikutkan hati nak saja saya terus booking tiket.

Dan berikut saya kongsikan satu video bertajuk ‘Don’t Go To Iran’. Err..? Something wrong somewhere?

Yang pasti video ni tak patahkan semangat saya untuk memburu tiket ke Iran. Weehoooo! Jom layan.

 

Baca lagi: Di Sebalik Sekatan Dan Tekanan Antarabangsa, Rupanya Iran Memiliki Sesuatu Yang Memukau

Sumber