AirAsia X kini memperkenalkan “Hawaii Of South Korea”, Jeju sebagai destinasi penerbangan terbarunya. Sempena pembukaan laluan baru ini, AirAsia X menawarkan harga penerbangan langsung dari Kuala Lumpur (KL) ke Jeju (CJU) pada harga bermula serendah RM199 sehala.

Promosi istimewa tambang termasuk semua dari RM199 bagi tempat duduk ekonomi dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed ini akan bermula dari 10 sehingga 15 Oktober 2017 bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018, tersedia untuk tempahan di airasia.com.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
AirAsia jeju
Pulau Jeju

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi pengambaran drama bersiri korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah yang terletak 64 kilometer di selatan Semenanjung Korea.

Ia adalah pulau percutian yang paling popular di negara ini, dengan lebih daripada 70% pengunjung menjadi pelancong domestik ke Pulau yang telah dikenali sebagai “Hawaii Korea Selatan.”

jeju-cover
Pulau Vulkanik Jeju
Jeju Olle Trail

Pulau Jeju turut mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO Pulau Vulkanik Jeju dan Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung tertinggi di Korea Selatan serta tiub lava Geomunoreum yang merupakan gunung berapi tidak aktif dan landskap dramatik kon batuan volkanik Seongsan Ilchulbong.

Antara tarikan lain termasuk Jeju Olle Trail yang indah, air terjun Cheonjiyeon yang menakjubkan, pantai Hyeopjae dan banyak muzium bertema khas, menjadikan Pulau Jeju sebagai destinasi untuk semua peringkat umur sepanjang tahun.