Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu dalam satu laporan terbaru menyatakan bahawa firma dari Amerika Syarikat, Airbnb antara yang menyokong usaha Israel menjajah tanah umat Islam di Palestin.

Laporan ini menyenaraikan lebih 100 syarikat yang terlibat di dalam kegiatan melanggar hak asasi manusia di Tebing Barat dengan enam syarikat datangnya dari AS.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Enam firma terbabit adalah AirBnb, Expedia, Bookings Holding, General Mills, Motorola Solution dan TripAdvisor. Tiga daripada enam syarikat ini mempunyai tujuan perniagaan yang sama dengan pelancongan menjadi watak utama mereka.

Airbnb ditubuhkan 11 tahun dahulu di San Fransico California. Laporan yang dikaitkan dengan Airbnb ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Manakala kaji selidik dilakukan dengan mengambil kira sebesar mana kerjasama dalam membantu Israel di Palestin.

Syarikat-syarikat ini akan menyediakan peralatan buat Israel bagi membangun serta meluaskan wilayah jajahan. Peralatan untuk memusnahkan rumah, kedai, kebun mahupun taman turut disediakan oleh syarikat ini.

Gerakan Boycott, Divest, and Sanctions (BDS) – aktivis dalam menuntut pembebasan Palestin – menyebut laporan ini tidak mengejutkan mereka kerana percaya ia masih ‘belum lengkap’. Mereka turut menyeru agar orang ramai memboikot syarikat ini.

Laporan ini akan diperbaharui setiap tahun. Jika mahu syarikat keluar dari senarai yang bertanggungjawab membantu Israel di Palestin, mereka perlu menghentikan segala kerjasama dan menarik balik peralatan yang telah disediakan.

Untuk rekod, PBB juga mengeluarkan laporan kemajuan tahun 2018 dengan merujuk bagaimana syarikat-syarikat ini untung besar hasil daripada kerjasama dengan Israel untuk membangunkan sesuatu kawasan.

Berikut adalah artikel lain mengenai Israel untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Cadangan Damai Trump Beri Israel Kuasa Perluas Kawasan Jajahan Di Palestin

Malaysia Hilang Kelayakan Anjur Kejohanan Renang Para Dunia Selepas Sekat Israel

Bendera Malaysia Berkibar Di Gaza Selepas Halang Atlet Israel Masuki Negara

Anda Mungkin Suka