Bermula bulan ini. undang-undang Minpaku akan berkuatkuasa untuk memudahkan dan menyelaraskan kediaman yang disewakan kepada pelancong untuk satu rumah atau bilik. Minpaku ialah perkhidmatan sewaan rumah jangka masa pendek di yang membenarkan jangka sewaan sehingga 180 hari. Namun begitu sesetengah pihak menyatakan bahawa perkhidmatan ini sukar untuk mendapatkan keuntungan.

Di Jepun, konsep bisnes seperti Airbnb sudahpun diperkenalkan terlebih dahulu yang dikenali sebagai minshuku. Individu yang mengusahakan minshuku sepatutnya memiliki lesen yang perlu menetapkan saiz bilik tertentu untuk disewakan. Syarat lain untuk mendapatkan lesen minshuku ialah tuan rumah sepatutnya tinggal di rumah yang sama. Walaubagaimanapun peraturan tersebut sebelum ini tidak diambil serius.

Namun penguatkuasaan undang-undang minpaku yang akan bermula 15 Jun ini, akan menghapuskan syarat seperti saiz bilik dan keberadaan tuan rumah di premis. Undang-undang ini adalah untuk mengurangkan kekurangan tempahan bilik hotel menjelang Piala Dunia Rugbi dan Olimpik Tokyo menjelang 2020.

Menurut pakar, undang-undang ini bagaimanapun seakan ‘menyekat’ Airbnb dan perkhidmatan seakannya dan menyebabkan tuan rumah terpaksa menghentikan perkhidmatan sewaan tersebut. Pihak kerajaan tempatan juga telah mengeluarkan peraturan berikutan dengan keselamatan dan pencemaran bunyi untuk mengawal perkhidmatan ini.

Menurut Mika, pemilik rumah yang menggunakan perkhidmatan Airbnb beliau tidak mempunyai masalah untuk menawarkan perkhidmatan apartment dua bilik kepada pelancong. Namun beliau terpaksa menghentikan perkhidmatan tersebut kerana pihak pengurusan apartment tersebut sudah mengharamkan minshuku untuk dijalankan di premis itu.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group