Setelah dikaitkan dengan pelbagai ura-ura sebelum ini nampaknya Airbnb secara rasminya berjaya mendapatkan serta menjadi pemegang saham terbesar bagi syarikat HotelTonight. Seperti juga Airbnb, laman serta aplikasi HotelTonight menawarkan senarai penginapan yang boleh ditempah pengguna seluruh dunia.

Berdasarkan beberapa laporan, dikatakan nilai yang ditawarkan Airbnb buat HotelTonight adalah sekitar $400 juta (RM1.64 bilion) sekaligus meletakkan HotelTonight sebagai syarikat termahal yang diambilalih oleh Airbnb.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
507043-01-05
Sumber: thenational

Sekiranya Airbnb lebih kepada penawaran homestay atau roomstay yang dikemudikan oleh orang ramai, HotelTonight menawarkan senarai hotel atau khususnya boutique hotel dalam memberikan pengalaman berbeza buat para pengguna.

Senarai hotel yang disenaraikan pula lebih berketerampilan bersesuaian dengan kehendak golongan muda yang mahukan penginapan yang boleh dimuatkan ke Instagram.

Mengulas dari segi populariti, jelas sekali HotelTonight nampaknya jauh ketinggalan berbanding Airbnb. Difahamkan aplikasi dan laman HotelTonight bakal beroperasi seperti biasa namun Airbnb dikatakan bakal mula menawarkan seleksi hotel butik di dalam rangkaian mereka.

hoteltonight
Sumber: skift

Berkongsi model bisnes yang hampir sama dimana para pengguna berpeluang menempah penginapan yang boleh ditempah pada hari yang sama antara yang membuatkan Airbnb tertarik untuk mendapatkan Hoteltonight.

Nampaknya lebih mudah buat orang ramai mendapatkan seleksi penginapan yang memenuhi citarasa selepas ini di Airbnb sekaligus meletakkan aplikasi ini sebagai aplikasi pilihan pengguna untuk menempah penginapan selepas berjaya menawarkan lebih 6 juta penginapan seluruh dunia mengalah Booking dengan 5.7 juta.

Baca lagi: 10 Sebab AirBnB Lagi Jimat Dan Best Berbanding Hotel

Sumber