Ketika ke Iceland pada akhir tahun 2018 bersama keluarga, saya menginap di beberapa buah homestay berbeza sepanjang mengelilingi negara pulau tersebut. Kesemua homestay ini saya book di AirBnB.

Tak dapat dinafikan Iceland antara negara mahal bukan saja dari segi makanan, tapi juga kos penginapan. Malahan dari ranking terbaru dunia, kos sara hidup di Iceland berada di tangga ke 3 termahal.

Durian Cheese Pizza 2
HYPE
Netizen Teruja Dengan Rasa Unik ‘Durian Cheese Pizza’
Baca lagi →

Walaupun begitu, jika kita rajin cari homestay yang murah tapi selesa, ia bakal memberi penjimatan berganda.

Berikut 10 kelebihan (dan penjimatan) yang telah dapat saya rasai ketika menggunakan AirBnB berbanding hotel. Kesemua ini adalah berdasarkan pengalaman saya.

Cara ini juga boleh anda gunakan bila travel ke negara lain. Tidak terhad kepada Iceland saja.

1. Ada alatan memasak dan bahan asas masakan

kelebihan airbnb berbanding hotel

Rempah ratus dan bahan masakan di salah satu homestay yang pernah kami sewa

kelebihan airbnb berbanding hotel

Homestay kami di Akureyri. Dapat free upgrade ke homestay lebih besar kerana ribut salji menutup jalan ke homestay kecil (cottage) yang telah kami tempah sebelum ini.

Antara sebab kita sewa homestay sebab boleh memasak. Dan ini memang sangat membantu kurangkan kos untuk makanan.

Tapi selain itu, ada juga host baik hati yang turut sediakan bahan asas di dapur homestay mereka. Antaranya garam, beras, gula, kopi dan makanan asas lain. Boleh lah jimat sikit dan tak perlu beli semua barang ini.

Jika dapat host jenis bermurah hati pula, roti, buah, coklat dan susu turut disediakan sebagai welcome gift untuk tetamu yang menginap di rumah mereka.

Selain dari itu, adakala barang makanan ini juga sebenarnya adalah tinggalan tetamu lain yang pernah tinggal di rumah yang sama. Mungkin rumah tu adalah destinasi terakhir, dan makanan mereka masih banyak berbaki. Jadi mereka tinggalkan saja di situ.

2. Free personalised tour

Jika pandai bermanis mulut, berbaik dengan host dan rajin bertanya, silap gaya dapat free tour.

Semasa di Myvatn, bahagian Utara Iceland, saya dan keluarga pernah dibawa ke tempat memasak roti cara tradisional. Roti Rúgbrauð (geysir bread) adalah roti tradisional Iceland yang dimasak dalam tanah di tempat berwap air panas semula jadi. Di Iceland ia dipanggil geysir dan roti ini perlu dibakar selama 24 jam.

Lebih menarik, host turut berikan 3 buku roti geysir (Rúgbrauð) untuk kami makan. Dan dia menolak dengan baik bila kami nak bayar.

View this post on Instagram

Video adalah masa kami melawat tempat geysir bread dimasak di Myvatn, yang terletak di wilayah utara Iceland. Masa ni tengah ribut kuat dan salji pun turun. Rasa nak terbang pun ada. Roti geysir adalah roti tradisional Iceland yang dikukus dalam lubang panas berhampiran sumber air panas semulajadi selama 24 jam. Bahan buat roti pula adalah tepung rye, tepung serba guna, gula, baking powder, garam dan susu. Disebabkan jalan tutup dan tak selamat untuk memandu keluar dari Myvatn, kami perlu bermalam 1 malam lagi di sini. Masa ni siang dah pendek, hanya 4 jam lebih sikit saja. Jam 11 pagi baru cerah. Jam 3 lebih dah mula gelap. Nasib lah walaupun terperangkap dalam ribut, kami tetap dapat lihat dan rasai pengalaman seperti ini. Lawatan ini juga adalah percuma sebab dibawa oleh host homestay tempat kami tinggal. Sebelum balik, dia bagi 3 buku roti untuk kami makan. Jika pergi ikut tour, anggaran caj dalam RM60 ke RM80 seorang termasuk makan roti. Tapi nak lebih sampai 3 buku roti macam kami dapat tu kena beli lah. Huhu. Macam mana rasa dia? Macam rasa kek tapi tak manis. Biasanua roti geysir dipotong slice, kemudian dimakan dengan butter. Jika nak lebih adventures boleh makan dengan ikan salmon fresh atau daging jerung yang dah dijeruk. Dan ye.. Saya pernah makan roti ni dengan daging jerung dan juga dengan butter Iceland yang sedap. Keduanya memberi rasa yang berbeza. #idainiceland

A post shared by Ida Latif (@ida.latif) on

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Inilah rupa geysir bread (roti geysir)

Berdasarkan carian di internet, lawatan ke tempat membakar roti geysir seperti ini dikenakan caj antara RM60 ke RM80 seorang termasuk diberi rasa beberapa keping roti. Nak lebih kena beli.

Tapi kami dapat free private tour dan 3 buku roti tradisi mereka. Ye, private tour sebab host hanya bawa kami saja ke tempat dia masak roti geysir tu.

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Kambing Iceland. Bulu tebal ni. Haha.

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Di homestay lain pula kami dapat tinggal di ladang. Di sini kami diajak melawat kandang kambing dan lembu yang diternak untuk daging.

Dapatlah lihat dengan lebih dekat bagaimana haiwan ini diternak di negara beriklim sejuk dengan cuaca extreme seperti Iceland.

3. Hidden spot (lokasi menarik hanya penduduk tempatan saja tahu)

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Antara hidden spot di Sanefellsnes Peninsular. Bas persiaran bawa pelancong atau bas tour takkan lalu di sini.

Tiada yang lebih kenal sesuatu tempat kecuali mereka yang menetap di situ.

Ketika tinggal di sebuah homestay di Snaefellsnes Peninsular, host telah emailkan kepada saya 20 hidden spot yang cantik dan rare tapi tidak begitu dikunjungi pelancong.

Salah satunya adalah pantai persendirian milik keluarganya yang hanya boleh dilawati dengan kebenaran. Disebabkan kami adalah tetamu homestay dia, kami diberikan akses untuk berkunjung ke pantai tersebut pada bila-bila masa.

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Gunung Kirkjufell

Satu lagi lokasi menarik dan rare yang dicadangkan adalah penjara terbuka di wilayah Snaefellsnes. Ia dikatakan penjara terbuka kerana tiada pagar dibina untuk menghalang tahanan daripada melarikan diri.

Lebih menarik penjara ini asalnya adalah sebuh ladang, ditukar menjadi penjara tak berpagar dengan pemandangan menarik membelakangi Gunung Kirkjufell iaitu ikon terkenal di Snaefellsnes Peninsular.

Ini merupakan info dan pengalaman yang takkan kita dapat jika tinggal di hotel.

4. Tak perlu book tour, lihat aurora hanya di luar rumah

airbnb-16b

Aurora hanya di luar rumah saja. Tak perlu keluar hunting sambil tahan sejuk dan tahan diri nak ke tandas.

Ye. Tak perlu keluar aurora hunting dalam cuaca sejuk. Dan tak perlu sertai tour berbayar semata nak lihat aurora.

Aurora tour kat sini bukannya murah. Tour paling murah sekitar 70 Euro (RM300) seorang. Jika 5 orang dah kena bayar RM1500.  Itu belum lagi jika ambil pakej lebih eksklusif. Harus beribu ringgit kena bayar. Huhu.

Sebenaranya kita hanya perlu cari homestay yang agak jauh sedikit dari bandar, jauh pencemaran cahaya, nasib dan cuaca yang baik dengan langit cerah tanpa awan, dan sentiasa monitor apps aurora.

Bila aurora muncul, kami hanya perlu keluar ke depan homestay dan dongak ke langit ke arah utara. Dan bila tak tahan sejuk, boleh masuk ke dalam rumah, buat kopi dan panaskan badan. Kemudian keluar semula lihat aurora yang sedang menari di langit.

Atau di masa lain, ada ketika saya hanya memandang ke luar tingkap homestay untuk pastikan aurora ada atau tidak di langit. Memang lebih mudah dan jauh lebih selesa.

5. Ruang lebih luas dan selesa

airbnb lebih jimat berbanding hotel

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Homestay kami di Snaefellsnes Peninsular

Biasanya di setiap homestay ada ruang tamu, bilik tidur, tandas dan dapur lengkap dengan perkakas memasak. Terasa lebih luas dan selesa sambil layan angin dan salji yang bertiup kencang di luar. Ada rumah turut mempunyai beranda dan halaman.

Berbeza pula dengan hotel. Mereka hanya sediakan bilik kecil dengan katil dan bilik air yang sempit. Nak masak? Hanya ada cerek untuk masak air di bilik.

6. Kolam air panas / jakuzi peribadi

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Jakuzi / kolam air panas di homestay kami di Golden Circle. Musim sejuk biasanya jumlah pelancong kurang, sewa homestay juga lebih murah tapi dapat pakej premium seperti ini,

Jika bernasib baik dan pandai cari, kita boleh dapat homestay yang ada kolam air panas di rumah, dan kadar sewaannya jauh lebih murah dari sewa hotel.

Jadi tak perlu lagi kita ke kolam berbayar untuk rasai pengalaman mandi dalam kolam panas di musim sejuk seperti mana orang tempatan buat.

Dan semestinya tiada had masa. Boleh mandi pada bila-bila masa sepanjang kita tinggal di rumah tersebut. Jika langit cerah tanpa awan di waktu malam pula, boleh berendam dalam kolam panas sambil lihat aurora menari di langit. Satu pengalaman yang bukan saja rare tapi juga amat santai dan menjimatkan.

7. Ada mesin basuh dan pengering baju

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Mesin basuh dan ruang dapur di homestay kami di Vik, Iceland

Ada rumah yang sediakan mesin basuh dan pengering baju. Jadi boleh lah basuh semua baju yang dah kotor tanpa perlu ke dobi. Biasanya host juga sediakan sabun basuh dan pewangi kain.

Untuk rumah begini, saya akan book selepas 4 ke 5 hari travel sebab baju dah mula kotor dan perlu dibasuh.

8. Didik anak hormat harta orang lain

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Selimut, cadar dan sarung bantal dibuka dan dilonggokkan setempat.

Jika duduk di hotel, tak perlu pening nak kemas bilik bila nak check out.

Tapi tidak bagi homestay yang disewa di AirBnB. Kita mesti jaga rumah dan harta benda yang disediakan dan pastikan semuanya dalam keadaan baik dan bersih sebelum keluar.

Semua kotoran dan sampah perlu dibersihkan. Dan jika kita rasa perlu, buka sekali cadar dan sarung bantal, dan longgokkan di satu tempat. Ini akan ringakna kerja host yang akan datang bersihkan rumah nanti.

Hasilnya kita akan dapat rating yang baik di AirBnB dan lebih mudah diterima untuk sewa rumah lain di masa depan.

Di waktu yang sama bagi yang travel dengan anak-anak, ini cara mudah mendidik mereka rasa tanggungjawab dan hormat kepada harta orang lain sepanjang menetap di satu-satu tempat.

Semua ni takkan kita dapat kalau menyewa bilik di hotel.

10. Belajar budaya baru

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Jauh perbezaan antara rumah moden vs rumah tradisional Iceland. Saya percaya perubahan dan perbezaan seperti ini juga banyak berlaku di negara lain, termasuk di negara kita.

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Rumah tradisional Iceland ditanam rumput di atas bumbung.Selama ini kita mungkin sangka hanya Melayu dan orang Asia seperti Jepun saja yang tak pakai kasut dalam rumah. Rupanya penduduk di negara Skandinavia dan Iceland juga begitu.

Mereka akan buka kasut setiap kali nak masuk ke rumah. Malahan ada 2 pintu masuk dan 1 ruang khas di bahagian depan puntu masuk utama ke rumah untuk menyimpan kasut dan baju sejuk.

Ini adalah antara pengalaman dan info baru yang dapat kami pelajari sepanjang menginap di homestay.

10. Kumpul point Shopback dan tebus semula

airbnb lebih jimat berbanding hotel

Homestay ini pula ada tilam dan ruang tidur di loteng. Antara cara jimat ruang dan ia sesuai untuk negara bercuaca sejuk.

airbnb lebih jimat berbanding hotel

View di luar rumah yang ada tangga ke loteng tu. Kecil saja kan.

Ye, booking di AirBnB pun boleh pakai Shopback, kumpul point dan redeem semula. Sebelum ni Shopback hanya boleh guna bila kita shopping di Lazada dan online shopping website lain saja. Sekarang AirBnB pun dah ada dan anda akan dapat sehingga RM15 kredit shopback selepas setiap tempahan di AirBnB.

Caranya mudah saja. Install apps  Shopback ke hp anda dari Playstore (iPhone) atau Google Store (untuk andoid). Selepas dah pilih dan putuskan homestay mana yang akan anda tempah di AirBnB, masuk ke Shopback apps.

Dari apps Shopback, pilih ikon AirBnB . Klik ikon itu dan anda akan dibawa ke apps AirBnB . Seterusnya buat tempahan seperti biasa.

Kredit Shopback akan dikreditkan ke akaun anda selepas anda selesai tinggal di homestay pilihan. Mudah saja kan? Dan paling penting dapat semula duit kita. Jika dikumpul, lama-lama jadi banyak juga.

Bagi anda yang belum ada akaun shopback, boleh buka akaun dari link Shopback saya dan RM5 akan dikreditkan ke akaun anda untuk mula shopping.

Bagi anda yang merancang nak travel ke luar negara dan belum ada akaun AirBnB, boleh sign up di link AirBnB saya. Kemudian install apps AirBnB di hp anda. Kredit RM120 akan diberikan selepas anda buat booking homestay pertama di AirBnB.

Bolehlah anda guna RM120 tu untuk booking homestay di trip  berikutnya pula. Dah jimat RM120 atau kira macam boleh duduk free jika kadar sewaa homestay hanya RM120.

Sebelum ini saya pernah tulis 11 ‘Trick’ Cari Penginapan Pada Harga Lebih Murah Di AirBnB Sebelum Anda Travel . Anda boleh rujuk artikel ini untuk trick lain yang dah berjaya saya lakukan ketika booking homestay AirBnB.

Anda Mungkin Suka