Sejak mula diperkenalkan, Airbnb berjaya menawarkan platform untuk orang ramai menyewa pelbagai penginapan yang ditawarkan. Bermula dengan sebuah rumah, igloo sehingga penginapan di atas kapal mewah semuanya ditawarkan pada platform ini.

Pada kali ini, Airbnb melalui Airbnb Luxe menawarkan sesuatu yang berbeza khususnya buat mereka yang mahukan kemewahan berganda untuk tempat penginapan yang disewa. Sesuai dengan namanya, Airbnb Luxe membolehkan para pengguna merasai pengalaman menyewa seluruh pulau.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

airbnb-luxe-private-island-04

airbnb-luxe-private-island-02

Melalui penyewaan seluruh pulau ini, pakej ini turut didatangkan bersama chef peribadi serta khidmat pergi dan pulau ke pulau. Sesuai dengan kemewahan yang ditawarkan, harga bagi sewaan seluruh pulau bagi satu malam ini bernilai $14,000 (RM57,860).

Sekiranya anda sedang mencari tempat mewah untuk berbulan madu atua meraikan hari keluarga anda, mungkin ini pilihan yang perlu anda dapatkan.

airbnb-luxe-private-island-01

airbnb-luxe-private-island-05

airbnb-luxe-private-island-06

Anda Mungkin Suka