Sebuah berita yang membanggakan buat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta pengguna Airbnb selepas platform ini berjaya menerima sebanyak 1.5 juta pengunjung dalam dan luar negara sepanjang tahun 2017. Jumlah yang direkodkan ini juga didapati meningkat sebanyak 137% berbanding tahun 2016.

Berdasarkan laporan daripada Mich Goh selaku pengarah urusan Airbnb di Asia Tenggara, peningkatan pengunjung yang memilih Malaysia sebagai destinasi percutian sepanjang tahun lalu antara yang membantu platform ini mencatat jumlah pengunjung yang tertinggi.

Chicago-sued-again-over-Airbnb-rules

Tambahnya lagi, individu yang menjalan servis Airbnb di Malaysia turut berpeluang memperoleh hasil yang lumayan sebanyak RM5,200 secara purata berdasarkan jumlah sewaan sebanyak 18 malam sebulan.

Setakat ini komuniti Airbnb di Malaysia sudahpun semakin meluas dimana para pengunjung berpeluang mendapatkan penginapan serata Malaysia dengan penawaran 31,900 kediaman berdaftar.

Airbnb juga dikatakan lebih komited untuk meningkatkan lagi jumlah penginapan dibawah kendalian mereka setelah berjaya didaftarkan pada lebih 191 negara meliputi rumah jenis teres, villa serta iglu.

153081050

Lebih membanggakan, Malaysia merupakan negara yang berjaya menerima jumlah pengunjung tertinggi yang menggunakan Airbnb di Asia Tenggara.

Sekiranya anda mempunyai tempat menginap atau homestay yang ingin didaftarkan melalui Airbnb, anda juga boleh memulakannya dengan percuma. Hanya dengan klik di sini untuk mendaftar, anda sudah berpeluang menjadi sebahagian daripada host Airbnb. Aplikasi juga sedia dimuat turun melalui smartphone Android dan iOS.

Sumber