Airbnb kini memberikan anda peluang untuk bermalam di muzium yang pastinya akan menjadi satu pengalaman yang luar biasa buat anda.

Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Airbnb untuk memenangi hadiah bermalam di muzium ikonik Louvre, Paris.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Tidak semua orang berpeluang untuk bermalam di sini dan anda mungkin individu yang Airbnb cari. Malah, pemenang yang dipilih boleh membawa seorang teman untuk menemani anda untuk menikmati keindahan seni lukisan dan rekaan yang terdapat dalam muzium tersebut pada 30 April 2019 ini.

airbnb:vckt

airbnb:vckt2

Anda juga akan dibawa bersiar-siar dalam muzium dan turut dihidangkan dengan makan petang dan malam bertemankan lukisan Mona Lisa dan the Venus de Milo serta dihiburkan dengan konsert akustik di bilik Napoleon III.

Bagi anda yang ingin menyertai pertandingan ini, anda boleh layari laman web ini sebelum 12 April 2019 waktu Perancis dan menjawab satu soalan; Mengapa anda merupakan tetamu yang sesuai untuk Mona Lisa?

airbnb:vckt3

airbnb:vckt4

airbnb:vckt5

Anda Mungkin Suka