Masa kecil dahulu, angan-angan nak lihat kereta terbang bila tiba tahun 2020 nanti. Harap angan-angan jadi kenyataan. Jika anda juga pernah berangan perkara yang sama, tidak mustahil pada masa akan datang perkara ini bakal menjadi realiti.

Ketika pertunjukan Geneva Motor Show 2017 yang lepas, syarikat automotif kreatif, Italdesign telah memperkenalkan rekaan konsep kereta terbang terbarunya hasil kerjasama bersama syarikat pengeluar kapal terbang Airbus. Kenderaan unik ini digelar Airbus Pop.up.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui penjelasan daripada video yang ditayangkan, konsep kereta elektrik ini lebih kurang sama seperti servis Uber atau Grabcar cuma ia lebih advance dimana anda juga boleh terbang bersamanya jika perlu.

Bermaksud, jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, anda boleh mengarahkan Airbus Pop.up untuk melalui jalan udara. Airbus Pop.up boleh ditempah melalui aplikasi, manakala bahagian kipas itu akan datang sendiri kepada kereta dan bersambung seterusnya akan membawa anda terbang ke destinasi yang dituju.

Namun begitu, sebaik sahaja sudah sampai ke destinasi dan anda mahu kembali melalui jalan darat, kipas tersebut akan ditanggalkan dan ia akan terbang semula ke pusat kawalannya. Secara keseluruhanya, Airbus Pop.up merupakan kereta elektrik pandu sendiri dengan dua tempat duduk yang boleh terbang dan paling canggih pernah diperkenalkan setakat ini.

Meskinpun ia hanyalah sebuah kereta konsep, pihak Airbus Pop.up menjelaskan kederaan ciptaanya tersebut berada pada landasan yang betul dan akan mula diperkenalkan kepada pasaran dalam masa 7 hingga 10 tahun lagi.

Jorg astalosh, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Italdesign menyatakan, konsep kereta terbang ini adalah bentuk kenderaan pada masa hadapan dan akan menjadi pengangkutan dalam dunia mega city akan datang.

Tonton video di bawah untuk penerangan lebih tepat tentang konsep Airbus Pop.up ini:

Sumber