Cuaca panas yang menimpa di Malaysia pada kali ini terasa sangat bahang. Orang ramai mula memikirkan pelbagai cara untuk menyejukkan rumah dengan bajet yang rendah.

Baru-Baru ini, pengguna akaun TikTok @teaforyou telah berkongsi cara membuat penyaman udara DIY yang telah mencuri perhatian netizen. Menerusi video tersebut, beliau menjelaskan dengan terperinci pembuatan bersama senarai bahannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini senarai bahan untuk buat ‘aircond DIY’ yang diperlukan.

1. Bekas kotak polisterin.

2. Kipas

3. Ais

4. Botol mineral

5. Garam

Cara buat “aircond DIY”

1. Pertama sekali, anda perlu sediakan bekas kotak polestrin, tujuan untuk meletakkan kipas diatas kotak tersebut.

2. Kemudian, lubangkan di kawasan atas penutup polestrin, Tujuan buat lubang ini untuk telengkupkan kipas di atasnya. Lubang yang dibuat tidak perlu sama ukuran dengan saiz kipas anda, cukup sekadar membolehkan kipas itu diletakkan di atas.

Sumber Gambar: TikTok @ainxr7

3. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tepi polestrin berukuran botol mineral, terpulang anda nak lubangkan berapa banyak. Tujuannya untuk mengeluarkan wap angin dari kipas ke dalam ruang botol ini.

Sumber Gambar: TikTok @ainxr7

4. Lalu, ambil botol mineral potong botol mineral pada bahagian tengah-tengah. Sesudah itu, buat  juga lubang pada hujung bahagian botol dan masukkanlah botol yang sudah dipotong ke dalam lubang yang dibuat tadi di tepi kotak polestrin.

Sumber Gambar: TikTok @ainxr7

5. Tuang ais yang banyak ke dalam bekas dan selepas itu, barulah taburkan garam di dalam ais tersebut. Kemudian, tutup bekas.

Sumber Gambar: TikTok @ainxr7

6. Langkah terakhir, letakkan kipas di atas bekas polestin secara melengkup dan pasang kipas tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @ainxr7

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berminat untuk mencubanya dan ada yang berkongsi pengalaman ia memang berhasil untuk menyamankan ruang rumah mereka.

Sumber Gambar: TikTok @ainxr7
Sumber Gambar: TikTok @ainxr7

Ini merupakan satu inisiatif yang baik buat anda yang mahu berjimat dalam masa yang sama dapat menyejukkan ruang rumah anda. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai yang boleh memanfaatkannya.