Sebut mengenai produk Apple pasti ramai yang melabelkannya sebagai produk yang mewah baik daripada kualitinya mahupun harganya.

Di sebalik penawaran harganya yang premium, produk Apple seringkali menjadi pilihan pengguna menjadikannya kurang eksklusif bagi sesetengah pihak.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →
uploadscardimage107785301ae5044-033b-437f-82a2-8da1582016c8.jpgfull-fit-in__950x534

Sumber: Caviar

uploadscardimage1077855c6aa8227-f6cd-41f0-ba44-2e8994469b57.jpgfull-fit-in__950x534

Sumber: Caviar

Terbaharu, Caviar selaku syarikat penawaran gadget mewah daripada Russia telah memperkenalkan AirPods Pro beserta charging case dengan salutan emas 18-karat atau dalam erti kata lain bersamaan 75% emas tulen.

Sesuai dengan penggunaan material yang premium, harga yang ditawarkan juga mungkin jauh daripada kemampuan orang ramai iaitu $67,790 (RM281,836.92).

uploadscardimage10778706f5237f7-59de-4dd8-84ab-4cdacdd8e6cc.pngfull-fit-in__950x534

Sumber: Caviar

uploadscardimage1077868c5a9cdcb-5663-4187-b156-c8567cfb0753.pngfull-fit-in__950x534

Sumber: Caviar

Sekiranya anda masih mahu tampil berbeza dan mewah namun tidak mahu berbelanja besar, Caviar sedia menawarkan altenatif buat anda dengan salutan kulit ular sawa asli atau kulit buaya. Kedua-dua model ini masing-masing dijual dengan harga $1,440 (RM5,986.80) dan $1,550 (RM6,444.13). Anda boleh mulai menempah AirPods Pro mewah pilihan anda dengan klik di sini.

Terbaharu, para pengguna iPhone 11 dilihat gelisah serta menyesal dengan pembelian iPhone 11 selepas berita kemunculan iPhone 12 yang bakal dilancarkan tahun hadapan. Turut dikongsikan, model konsep iPhone yang telah membuatkan netizen teruja.

Berita iPhone 12 Buat Pengguna Tegar Apple Rasa Rugi Beli iPhone 11

Rekaan Konsep iPhone Dengan Dwi-Skrin Buatkan Netizen Teruja

 

Anda Mungkin Suka