Apakah masalah yang sering anda hadapi ketika melancong? Pastinya beg bagasi anda tidak muat untuk memuatkan barang-barang keperluan anda, terutama sekali yang memang kaki ‘OOTD’ memang akan bawa pelbagai jenis pakaian dan aksesori.

Selepas ini, mungkin anda tiada lagi masalah ini kerana kami ingin perkenalkan anda dengan produk yang pasti akan buat anda tersenyum gembira. ‘Airport Jacket’ adalah penyelesaian kepada masalah anda ini dan anda tidak perlu lagi memakai baju berlapis dan sebagainya kelak.

Menariknya, Airport Jacket ini bukan sahaja kelihatan versatile tetapi boleh memuatkan pelbagai barang seperti sebuah komputer riba, iPad, dua pasang kasut, sepasang seluar jeans, tiga kemeja-T, dan dapat menampung berat sebanyak 15 kilogram.

Anda boleh menggayakan jaket ini dengan tiga cara berbeza bergantung barang yang anda bawa. Pastinya anda masih boleh kekal bergaya dengan mengenakan jaket ini dan difahamkan bahawa jaket ini hadir dengan warna hitam sahaja.

New-piece-of-clothing-tech-can-store-15-kilos-of-airport-luggage

C4kuvdXUEAApKl9

Bukan sahaja ‘Airport Jacket’ ini dapat membantu anda di luar sana, tetapi ia juga hadir dengan rekaan yang cantik. Awesome atau tidak jaket ini? Anda yang sering tidak cukup ruang penyimpanan semasa travel mungkin ingin mendapatkannya.

Malangnya, Airport Jacket ini hanyalah sekadar idea yang dibentangkan di laman Kickstarter. Disebabkan idea ini tidak menerima sokongan yang secukupnya, makan projek Airport Jacket ini tidak diteruskan untuk dijual kepada semua.

Sementara itu, harga penginapan di Langkawi kini ditawarkan diskaun sehingga 70%. Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70% Selepas Kurang Pelancong Kerana Coronavirus

7 Cara Lindungi Beg ‘Check In’ Dan Barang Anda Dari Hilang Di ‘Airport’

Ini Caranya Ambil Gambar ‘Awesome’ Ketika Travel Secara Solo