Jenama ais krim terkenal Haagen-Dazs telah diarahkan untuk menarik semula kesemua produk jenama tersebut dari pasaran selepas dikesan mengandungi ha bahan karsinogenik jenis etilena oksida (ETO).

Arahan ini hadir selepas Kementerian Kesihatan Malaysia menerima laporan notifikasi Sistem Amaran Pantas untuk Makanan Suruhanjaya Amaran Makanan Eropah (EURASAFF).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Notifikasi itu menyatakan berlaku penarikan balik produk aiskrim dari Perancis yang mengandungi ekstrak vanila dari Madagascar dikesan mengandungi ETO melebihi tahap dibenarkan. Produk aiskrim terbabit diedar ke beberapa negara termasuk Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Jelas KKM lagi, tindakan sewajarnya telah diambil untuk memastikan produk aiskrim terbabit tidak dijual di luar.

“Pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan produk terbabit tidak dipasarkan di negara ini.

“ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

“Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan,” katanya.

Cipta kelainan, TikToker Indonesia ini campur semua makanan BTS Meal untuk dijadikan ais krim. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Cipta Kelainan, TikToker Indonesia Ini Campur Semua Makanan BTS Meal Untuk Dijadikan Ais Krim