Dulu, ketika saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk mulakan bisnes, bukan sebab ada masalah kewangan.

Cuma ketika saat nak berhenti kerja itu sebab utamanya adalah setiap hari selama 10 tahun melakukan perkara yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menghadapi masalah yang sama, masalah jualan,masalah kakitangan, masalah stok – setiap hari rutin yang sama.

Hari-hari duduk melakukan perkara yang sama.

Dari seorang yang bermotivasi tinggi terus jadi seorang yang selalu tengok jam pukul berapa nak balik. Akhirnya saya hantar letak jawatan walaupun bos tawar naik gaji.

Blacklist

Saya bermula masuk dunia bisnes dengan tiada ilmu. Dari nama suci bersih hinggalah blacklist sebab mulakan bisnes dengan hutang (tak banyak pun 13 ribu ‘je’ huhu).

Alhamdulilah, pada tahun ini, 2017, genap 7 tahun dalam bisnes sendiri.

Dalam tempoh 7 tahun bila pandang belakang semula rasa bersyukurnya dengan segala yang berlaku dan bersyukur kerana tahun 2010 nekad berhenti kerja dan buat bisnes sampai jadi.

Tip

Untuk yang ingin berhenti kerja dan melakukan bisnes, ini antara tip-tip:

1. Jangan mulakan dengan buat pinjaman dari mana-mana pihak – bank, Tekun, atau MARA.

2. Jangan mulakan bisnes dengan keluarkan jenama sendiri.

3. Mulakan bisnes yang modalnya rendah (serendah RM 2-3 ribu).

4. Jangan buat bisnes ikut orang.

5. Jangan sertai bisnes yang modus operandinya duduk sahaja dapat duit.

6. Jangan buat bisnes yang perlukan kos renovasi yang tinggi atau perlu beli alat-alat mesin berpuluh ribu.

7. Mula bisnes makanan (sebab ayat nak close sales senang – orang rasa sedap dia beli lagi).

8. Untuk setahun ikat perut, jangan tambah hutang. Duit bisnes simpan untuk kembangkan dan tambah alat kerja.

9. Berkawan dengan orang yang bisnes, sebab boleh dapat idea dan pengalaman.

10. Jangan malu atau kedekut nak belajar dalam bisnes. Belajar ini bukan untuk jadi kaya atau berjaya, tetapi untuk minimakan kerugian dan kegagalan buat bisnes.

11. Ingat 9/10 rezeki dari bisnes, tapi cabarannya juga 9/10.

12. Selalu bergantung kepada Allah SWT. Jangan bergantung kepada manusia.

13. Usaha, redha, tawakal, InshaAllah, Allah pasti tolong kita .

Setelah 7 tahun saya melakukan pelbagai jenis bisnes, saya sudah temui bisnes yang sesuai.

Doakan tim saya dan bisnes kami terus kekal berkembang ya.

Oh satu lagi, nak buat bisnes tak boleh takut dan malu. Redah je.

Kisah penjual kuih.
Jual kuih orang je.

Kisah Aishah Ramond pernah ditulis di Vocket dalam artikel Pengalaman Di KFC Dorong Aishah Berbisnes Sehingga 1500 Ejen Dalam Tempoh 3 Tahun.