Nampaknya perisa McDonald’s yang menjadi fenomena tahun lalu, Durian D24 akan kembali berada di pasaran bermula esok. Ianya diumumkan oleh pihak McDonald’s Malaysia menerusi satu posting di laman Facebook mereka.

D24

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahun lalu, perisa Durian D24 ini adalah perisa yang paling dicari oleh pelanggan McDonald’s dan sentiasa sold out di semua outlet McDonald’s di seluruh negara.

Bagi yang masih berada di sekitar Kuala Lumpur esok (jika tiada cawangan McDonald’s di kampung anda), bolehlah cuba aiskrim ini andai terlepas untuk membeli aiskrim ini tahun lalu. Harap-harap rasanya sama seperti edisi yang sebelumnya.