Saban hari, ada sahaja menu dan produk baharu yang diperkenalkan oleh FamilyMart untuk memikat selera orang ramai. Minggu ini sahaja, FamilyMart baharu mengumumkan pelancaran menu terhangat di pasaran iaitu Bubble Tea. Kini aiskrim terkenal dari New Zealand, ‘Tip Top Whittaker’s’ pula akan memasuki pasaran.

Aiskrim yang pastinya menepati cita rasa peminat coklat premium ini akan hadir dengan 3 perisa iaitu Vanilla & Cashew Praline, Coffee & Cacao dan Chocolate & Pretzel. Kesemua produk ini tidak mengandungi perisa dan warna tambahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

62373524_2291067320977954_6036914260691386368_n

Rasa yang asli daripada buah, susu dan krim segar terbaik dari New Zealand pastinya dapat menarik selera sesiapa sahaja. Tunggu apa lagi, ajak rakan-rakan anda untuk merasai produk baharu ini.