Dua artis tempatan, Yuna dan Aizat Amdan pada semalam tampil memberikan sokongan mereka buat seorang gadis yang dikhabarkan diperli netizen di media sosial sebelum ini.

Terdahulu, kisah mengenai gadis tersebut yang diperli netizen di platform perkongsian video TikTok menjadi antara topik perbualan hangat minggu ini.

Menerusi beberapa perkongsian tangkap layar yang dikongsikan di Twitter, terdapat segelintir netizen yang dilihat memerli gadis berkenaan ketika sedang membuat siaran langsung di aplikasi tersebut baru-baru ini.

https://twitter.com/Hadyna_/status/1346713372188807168?s=20

Walaupun diperli dan dipersenda netizen di TikTok, namun sebahagian besar netizen lain terutamanya di Twitter dan Facebook tampil mempertahankan beliau dan mengutuk perbuatan tidak bermoral penonton siaran langsung gadis berkenaan.

Tidak turut ketinggalan memberikan sokongan kepada gadis berkenaan adalah Yuna dan Aizat yang menzahirkan sokongan kepada beliau melalui ciapan dibuat di Twitter.

“Jangan hiraukan mereka yang mempersendakan gadis ini. Tindakan mereka sangat menyedihkan dan tidak layak mendapat perhatian.

“Gadis ini cuma melakukan apa yang dia minati dan saya sangat menyukai apa yang dilakukannya,” tulis Yuna di Twitter pada semalam.

Selain daripada Yuna, penyanyi Aizat Amdan juga dilihat turut memberikan sokongan kepada gadis berkenaan melalui satu ciapan yang dibuatnya.

Sambil mengingatkan gadis berkenaan supaya tidak berasa risau dengan perkara berkenaan, Aizat juga sempat menjemputnya untuk membuat live bersamanya.

Walaupun gesture yang dibuat artis-artis dan netizen ini hanya kelihatan biasa sahaja, namun ia sudah semestinya mampu untuk memberikan semangat kepada gadis berkenaan.

Para netizen juga seharusnya lebih berhati-hati dalam memberikan komen atau pendapat mereka terutama jika ianya melibatkan perasaan seseorang di media sosial kerana ia secara tidak langsung boleh meninggalkan kesan kepada mereka.

Baca juga perkogsian semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter

Suami Tampil Jelaskan Apa Sebenarnya Yang Dibuang Isteri Dari Dalam Kereta

Kenapa Anda Dilarang Menggunakan Gambar Ini Sebagai ‘Meme’ Atau Bahan Jenaka?

Sumber