Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seperti diketahui umum, pelakon Zarina Anjoulie dikatakan sedang bercinta dengan pilihan hati baharu selepas dua perkahwinannya sebelum ini tidak bertahan lama.

Artikel Berkaitan:

Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju sering memuat naik foto atau video kemesraan bersama kekasihnya, Datuk Seri Khazrul Elzey di media sosial.

Menerusi video yang dikongsinya di TikTok, Anju dan Elzey sedang berjalan di pusat beli belah. Dalam video itu, Anju menunjukkan minat pada satu baju yang seksi di hadapan Elzey, namun Elzey tidak mahu membeli baju itu, sebaliknya berkata lebih manis untuk beli tudung buat Anju.

@abot_anjoulie

#fyp sayang you dunia & akhirat #zarinaanjoulie

♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

Susulan video yang kedua pula, kelihatan Anju tidak membantah dan mencuba baju muslimah di sebuah kedai.

@abot_anjoulie

#fyp #zarinaanjoulie Terima kasih bonda teman kan kita ❤ sayang bonda❤❤❤

♬ Versace on the Floor – Bruno Mars

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kekasih Anju itu dan percaya suatu hari nanti Anju akan berubah menjadi lebih baik.

Bahkan, netizen turut mendoakan agar hubungan percintaan Anju dan Elzey berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.