Sewaktu Figgers Day tempoh hari, saya mengambil kesempatan mengajar anak saya untuk bersama-sama berusaha mencari wang saku. (1. Opportunity).

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Saya tanya dia nak jual apa. Dia cakap jual air. Dan saya suggest jual air mineral. (2. Market research).

Saya minta dia start collect duit modal sendiri (3. Cari funding / capital).

Selama sebulan dia mengumpul tapi belum mencukupi. Saya suruh dia bergabung kumpul modal dengan Hanna dan Hanna bersetuju jadi funder. (3. Partnership  / funder).

Alhamdulillah dapat kumpul RM40 untuk beli 4 kotak air mineral dengan kos 50 sen sebotol. Saya tanya berapa harga nak jual. Dia cakap RM3 / botol. Saya cakap tak boleh macam tu, kena ikut harga sama. Kalau ada orang jual RM1 air kakak dah tak laku. (4. Competition).

Baca: 10 Perkara Tentang Bisnes Anak Muda Kena Tahu

ajar-anak-berbisnes-1

Dia cakap dia jual 70 sen. Saya jawab kalau orang tu jual 30 sen? Dia cakap rugi lah orang tu. Air tu 50 sen beli. Saya bagitau mana tau orang tu dapat beli lagi murah dari kakak mcm mana? (5. Outsourcing & market stability).

Saya tanya lagi kakak sendiri nak beli brg mahal ke murah? Dan dia faham. Saya suggest RM1 / botol dengan profit margin 100%. (6. Bisnes planning & market price).

Pada hari Figgers Day, dia setup booth dan bangun seawal 7 am. Semangat tinggi. Saya suruh dia duduk di booth jangan pergi memana. (7. Disiplin).

Booth kakak cuma ada air mineral je, ayah tambah air jus fig dan teh ayah ok, bagi nampak meriah dan banyak. Kira consignment tolong ayah jual. (8. Business partner & diversification).

Sepanjang figgers day saya suruh dia keluar bawak air pergi setiap booth jual. Dia malu mula-mula then saya suruh dia ajak sepupu dia join. Baru dia bersemangat. Kita cari customer, bukan customer cari kita. Buang rasa malu dan eksen. Kita lebih kekurangan daripada orang lain yang lebih sempurna. (9. Sales & teamwork).

Alhamdulillah. Dalam masa 2 hari semua air habis jual, tinggal 9 botol lagi dia bagi je ke orang. Saya tak mau paksa menjual hari ke-3, she looks tired. (10. Community service & sedeqah).

ajar-anak-berbisnes-2

Hasil jualan 3/4 disimpan, baki dia beli buku untuk dia, muqadam untuk Hanna dan pensil warna untuk Farra. (11. Sharing & family first).

Yang paling bermakna bagi saya, “Susah tak cari duit?”. Dia cakap Ya. Then kakak tau ayah dan ibu susah cari duit siang malam. Cepat tak duit habis beli buku? Dia angguk. Jadi kakak tak boleh minta macam-macam kita susah cari duit. Faham?
(12. MENGHARGAI & SACRIFICE).

Baca lagi: Nasihat Usahawan Ini Tentang Berhenti Belajar Untuk Berniaga Sangat Jujur Dan Menarik Perhatian

Artikel di atas disumbangkan oleh Fahmie Abu Bakar. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group