Umum tahu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan semula sejak bulan Januari lalu, orang ramai tidak lagi dibenarkan untuk merentas negeri kecuali dengan sebab-sebab yang dibenarkan.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang memilih untuk merentas negeri serta bangga memaparkannya di media sosial secara terbuka. Lebih mengejutkan, instafamous yang menggelarkan diri beliau sebagai datin ini turut berkongsi ‘cara-cara’ untuk merentas negeri buat mereka yang mahu berbulan madu.

Eww7D1kUcAYS_B5
Sumber: Twitter @snhkimy
Eww7D1cVkAIQ0bj
Sumber: Twitter @snhkimy

Menurut instafamous ini, beliau sudah mulai membuat tempahan tempat percutian sejak pada bulan Disember lalu. Dikatakan pegawai polis di tempat beliau yang mudah untuk memberi pelepasan antara yang membuatkan pasangan ini bebas untuk berbulan madu sambil mengikut SOP yang ditetapkan.

Perkongsian instafamous ini nyata membuatkan para netizen kurang senang melihatkan keadaan semasa di mana orang ramai tidak dapat pulang ke kampung dan sebagainya meskipun dengan alasan yang lebih mustahak. Berikut antara komen netizen mengenai tindakan instafamous yang kurang sensitif dengan keadaan semasa ini.

Dimaklumkan selepas tular perkongsian beliau di Instagram dan Twitter, beliau memilih untuk mengunci akaun Instagram bagi mengelakkan lebih ramai netizen melawati laman Instagram beliau.

Tular pada minggu lalu apabila pemilik kedai di Johor ini dikenakan kompaun swaktu ketiadaan pelanggan gara-gara membuka pelitup muka untuk meminum air.

Sekadar Mahu Minum Air, Pemilik Kedai Di Johor Ini Dikompaun Sewaktu Ketiadaan Pelanggan

Gagal Imbas Kod MySejahtera, Pelajar Tingkatan Lima Di Melaka Dikompaun RM10,000