Perkahwinan campur sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Terbaharu, sebuah video memaparkan seorang lelaki, warganegara Malaysia yang memiliki sebuah keluarga di Amerika Syarikat tular di Twitter.

Menjadi buah mulut netizen apabila lelaki tersebut iaitu Kumaar telah lancar cabaran bercakap bahasa Melayu selama 24 jam. Menerusi video tersebut, Kumaar bercakap bahasa Melayu dan isterinya turut mencuba bercakap dalam bahasa Melayu.

Rata-rata netizen berasa bangga akan perkongsian Kumaar yang secara tidak langsung mempromosikan bahasa Melayu di mata dunia. Malah, para netizen turut berasa terhibur dengan video tersebut yang memaparkan ‘kesabaran’ Kumaar untuk menerangkan perkataan kura-kura kepada isterinya.

https://twitter.com/ohitsnaynay/status/1343857980140212225

Bukan itu sahaja, para netizen turut bangga dengan Kumar walaupun menetap di Amerika Syarikat tetapi tetap bangga menjadi anak Malaysia. Malah, Kumaar juga turut mempromosikan budaya Malaysia di luar negara.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tular Hingga Ke Seberang, Netizen Indonesia Turut Tidak Senang Dengan Video ‘Instafamous’ Terkenal

Dakwa Neelofa Miliki Gangguan Personaliti Narsistik, Teori Lelaki Ini Jadi Bualan Netizen

Permohonan Maaf JKR Kuala Langat Dianggap ‘Double Standard’, Netizen Luah Rasa Kecewa