Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa mengambil tindakan tegas ke atas seorang ‘ustazah’ yang menggesa para isteri menjadi pelacur kepada suami mereka demi keharmonian rumah tangga.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut popular dalam kalangan pasangan suami isteri muda yang mahu berjinak-jinak dengan agama dan dia sering memuat naik konten mengandungi unsur lucah melampau secara terbuka di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, wanita berkenaan turut mencipta sebuah grup di Telegram untuk dijadikan sebagai tempat para suami isteri meluahkan masalah berkaitan hubungan intim tanpa tapisan.

Secara tidak langsung, perbuatan wanita itu bertentangan dengan ajaran agama Islam dan mengundang kemarahan orang ramai.

Rata-rata netizen bersetuju agar wanita itu dikenakan tindakan kerana bimbang akan memberi impak negatif kepada masyarakat dan mengecam tindakan wanita tersebut yang dilihat tidak menggambarkan ajaran agama Islam.