Satu ajaran agama baru dikenali sebagai Agama Melayu dilaporkan telah dikesan dan menjadi topik perbualan masyarakat di negara ini sejak beberapa hari ini.

Agama berkenaan menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nasrudin Hassan dikenali sebagai Agama Melayu dan dibawa oleh individu dikenali sebagai Ibu Yati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutakhir ini.

“Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu,” kongsinya di Facebook.

Ajaran berkenaan menurut Nasrudin menggunakan lafaz syahadah yang pelik  (iLa Ha iLa Ra iLa Ma) yang turut disambung dengan pengakuan AKU MELAYU sebanyak tujuh kali.

Selain daripada penggunaan lafaz dan pengakuan itu, ajaran berkenaan juga difahamkan menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan mendakwa mereka pula membawa Islam Melayu.

Individu yang dikenali dengan nama Ibu Yati itu bagaimanapun menurut Nasrudin bukanlah nama yang asing buat dirinya dan beliau sebelum ini pernah mengenali individu berkenaan secara sepintas lalu sekitar 20 tahun lepas.

Susulan daripada penemuan ajaran agama baru berkenaan, pihak berkuasa agama jelasnya sedang menyiasat perkara berkenaan dan merencana tindakan yang sepatutnya.

Beliau pada masa sama juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa individu berkenaan.

“Jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat,” tegasnya.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Langgar Peraturan PKP, Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

Ada Gerakan Penindasan Ke Atas ‘Frontliner’ Di Perak, Dilarang Masuk Ke Kedai Untuk Beli Barang

Terima Gaji RM5,500 Sebulan, Pemuda Ini Mahu Berhenti Kerja Hanya Kerana Tidak Gembira