Menyebut tentang Ajinomoto mungkin ramai yang cukup kenal mengenai makanan bahan perasa ini. Berjaya menjadi pilihan pengguna dan restoran sejak lama antara yang membuatkan Ajinomoto berjaya berkembang dengan pesat buat pasaran Malaysia.

Melalui pengumuman terbaru yang dibuat pada 12 Feburari, Ajinomoto (Malaysia) Bhd mengumumkan hasrat untuk membeli tanah dengan keluasan 2.03 juta kaki persegi di Techpark @Enstek Seremban, Negeri Sembilan daripada Lembaga Tabung Haji.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
CEO Ajinomoto Malaysia, Naoko Yamamoto turut berharap jenama ini mampu bersaing sebagai antara pengeluar makanan terhebat dunia

Difahamkan hasrat pembelian tanah bernilai RM86.08 juta ini bertujuan untuk meningkatkan kilang operasi Ajinomoto sekaligus untuk memperkembangkan penawaran produk buat para pengguna.

Berdasarkan rundingan awal yang dibuat pembelian tanah daripada Lembaga Tabung Haji ini bakal ditawarkan secara wang tunai dimana penawaran dibuat selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan nilai yang ditawarkan.

Ajinomoto berharap langkah untuk mendapatkan tanah daripada Tabung Haji ini dapat diselesaikan menjelang 31 Julai 2019.

Sumber: IslamMaps

Pengumuman terbaru yang dibuat Ajinomoto ini sekaligus memperlihatkan saham syarikat ini yang diperdagangkan pada RM19.62 sebelum ini meningkat 36 sen atau 1.83% dengan perkongsian bersama 26,000 permodalan pasaran bernilai RM1.18 bilion.

Buat Lembaga Tabung Haji yang memegang wang simpanan para pengguna di Malaysia dengan nilai yang tinggi, diharap penjualan tanah ini sekaligus dapat menguntungkan para pengguna sekaligus meningkatkan pendapatan Lembaga Tabung Haji serta dividen syarikat.