Apple nampaknya mahu memperbanyakkan lagi pembangun iOS. Terbaru, Apple mengumumkan akan membuka akademi pertama mereka yang memfokuskan kepada pembelajaran dan pembangunan aplikasi iOS.

Akademi pertama daripada Apple yang bertempat di Università di Napoli Federico II, Italy bakal menempatkan 200 pelajar  pada batch pertama. Luca Maestri selaku CFO buat Apple menambah, peningkatan pembangun iOS disekitar Eropah membuatkan Apple bercadang untuk menjadikan Italy sebagai hub akademi pertama Apple.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

macbook

Para pelajar ini bakal mempelajari bagaimana untuk membangunkan aplikasi aplikasi mereka sendiri serta mencungkil daya kreatif mereka untuk menhasilkan aplikasi yang berkualiti serta meningkatkan lagi bilangan aplikasi pada platform iOS.

Apa yang lebih menarik, para pelajar ini juga diberikan akses untuk menjadi antara yang terawal untuk mencuba produk atau versi terbaru keluaran Apple. Dalam pada itu, Pihak Apple menjangkakan bakal meningkatkan lagi akademi seperti ini bagi mencungkil lebih banyak bakat di seluruh dunia.

Sumber