Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menggesa kerajaan Malaysia untuk menapis content di dalam Netflix. Cadangan yang diumumkan Finas itu membuatkan ramai pengguna setia Netflix bengang.

Terbaharu, pelakon Sharifah Sakinah memohon supaya pihak FINAS tidak menapis kandungan Netflix tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian beliau, beliau tidak bersetuju dengan cadangan FINAS yang mahu menapis kandungan Netflix kerana menurutnya, ibu bapa boleh mengawal kandungan Netflix itu sendiri supaya kandungan sensitif tidak dapat diakses oleh anak-anak.

Dia turut memuat naik sebuah video tentang cara untuk How-to Parental Control untuk mereka yang ‘noob’ atau tidak tahu cara untuk menetapkan fungsi tersebut di Netflix.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah, pelakon tersebut sempat berseloroh akan baring di depan bangunan FINAS bersama rakan-rakannya jika kerajaan menyekat atau menapis kandungan Netflix.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh pelakon sensasi tersebut dan akan menyokong tindakan beliau dalam mempertahankan Netflix.

Screenshot (472)

Sebelum ini, ketua pegawai eksekutif FINAS, Ahmad Idham telah menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netflix Bakal Ditapis Oleh FINAS?

Aflix Punca Ahmad Idham Mahu ‘Sekat’ Kandungan Netflix?

5 Langkah Untuk Menyekat Kandungan Netflix Daripada Ditonton Anak-Anak Anda