Inisiatif penambahbaikan skim dan polisi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilakukan mulai 1 Januari 2017. Antaranya, memperkenalkan Akaun Emas sebagai akaun kedua untuk ahli berumur 55 tahun dan ke atas sahaja.

Dalam masa yang sama, KWSP memberi jaminan bahawa tiada perubahan pada akaun simpanan persaraan sedia ada (Akaun 55). Ahli masih boleh pilih buat pengeluaran penuh atau sebahagian apabila mencapai umur 55 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: KWSP
Sumber: KWSP

Akaun Emas ini diperkenalkan sebagai dana persaraan buat ahli dari umur 55 ke 60 tahun yang masih bekerja agar ia memberi manfaat kepada ahli apabila mereka bersara kelak.

Selain itu, KWSP melanjutkan had pengkreditan dividen dari umur 75 tahun sehingga 100 tahun di mana ahli boleh terima dividen dan faedah (compounding effect) apabila mengekalkan sebahagian simpanan dengan KWSP.

Sumber: KWSP
Sumber: KWSP
Sumber