Netflix merupakan satu service yang membolehkan anda berhibur menonton filem dan drama secara atas talian. Mungkin disebabkan service ini mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai, ia menjadi sasaran ‘penjenayah’ untuk mendapatkan duit dengan mudah.

Malah, anda pasti pernah terlihat di laman sosial dimana ada yang menjual langganan serviceĀ Netflix dengan harga yang murah daripada harga langganan rasmi. Akan tetapi, tahukah anda sebenarnya ia merupakan satu jenayah?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa kami katakan begitu? Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila ada segelintir netizen mendakwa bahawa akaun Netflix mereka telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

https://twitter.com/VanilliaReno90/status/1154989408925315072

Agak mengejutkan kerana menerusi perkongsian-perkongsian netizen, terdapat beberapa cubaan untuk mengodam akaun mereka dan ada sebahagian akaun telah digodam.

Lebih mengejutkan, apabila ada yang berkongsi bahawa akaunnya ada di log in melalui peranti berbeza dan di tempat berbeza dimana bukanlah tempat keberadaan pemilik akaun berada.

Walaupun isu ini masih belum disahihkan kebenarannya, tetapi sebagai pengguna bijak, kita haruslah sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa. Malah, Jika anda ingin melanggan Netflix, anda haruslah melanggan secara sah dan bukannya dengan cara seperti ini.

Jika anda merasakan akaun anda telah digodam, anda haruslah menukar password anda segera dan anda digalakkan menukar password selalu.