Sekiranya ada yang berpendapat menjadi CEO di sebuah syarikat media sosial mempunyai imuniniti atau kekebalan daripada digodam, mungkin anda perlu fikir semula.

Terbaru, akaun Jack Dorsey yang merupakan CEO Twitter telah digodam di laman media sosial yang beliau ketuai. Pasukan penggodam yang dikenali sebagai ‘Chuckle Squad’ ini bukan sahaja menggodam akaun Twitter berkenaan, malah telah memuat naik tweet berunsur anti semitik dan perkauman berkaitan Holocaust.

https://twitter.com/Hooray/status/1167525255600058371?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1167525255600058371&ref_url=https%3A%2F%2Fhypebeast.com%2F2019%2F8%2Ftwitter-ceo-jack-dorsey-account-hacked-chuckle-squad-information

https://twitter.com/TwitterComms/status/1167528672523210752?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1167528672523210752&ref_url=https%3A%2F%2Fhypebeast.com%2F2019%2F8%2Ftwitter-ceo-jack-dorsey-account-hacked-chuckle-squad-information

Tweet tersebut telahpun dibuang pihak Twitter selepas 10 minit dimuat naik. Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali akaun CEO Twitter ini digodam. Sebelum ini sekitar tahun 2016 insiden yang sama pernah berlaku daripada kumpulan penggodam daripada Arab Saudi.

Setakat ini masih belum diketahui motif disebalik godaman akaun Jack Dorsey yang tidak terlalu aktif ini. Para pengguna juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa godam pihak ketiga. Penukaran kata laluan setelah lama digunakan antara altenatif yang boleh dicuba untuk mengelakkan godaman.

Kami kongsikan kepada anda lebih banyak artikel berkaitan isu godam. Klik pautan dibawah untuk melayarinya.

Akaun Netflix Anda Kini Berisiko Untuk Digodam Dan Dijual Dengan Harga RM10

7,000 Bitcoin Bernilai RM166.26 Juta Hilang Selepas Platform Kriptowang Digodam

Facebook Digodam Lagi, Kali Ini Melibatkan 50 Juta Pengguna