Minggu yang tidak indah buat Mark Zuckerberg. Akaun Twitter dan Pinterest secara serentak telah digodam oleh pihak yang mahu dikenali sebagai sebagai OurMine.

Agak sadis memikirkan bagaimana akaun seorang CEO kepada platform sosial media terbesar dunia telah digodam di platform yang berbeza namun itulah hakikatnya. Dipercayai akaun Mark Zuckerberg telah digodam disebabkan password beliau yang mudah dijangka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikatakan ‘dadada’ dipilih Zuckerberg sebagai password untuk laman sosial Twitter dan Pinterest beliau. Jelas menunjukkan password yang dipilih Zuckerberg adalah sangat lemah dan pendek.Berikutan insiden ini, Zuckerberg menyarankan orang ramai supaya sering menukar password setelah beberapa tahun di laman sosial.

Suatu persoalan yang timbul berikutan insiden ini, jika password Mark Zuckerberg sendiri dapat digodam oleh para hackers, mampukah Mark Zuckerberg menjaga password user Facebook dengan baik?

Sumber