Akaun Twitter Netflix Malaysia (@NetflixMY) kini dilihat telah mula menggunakan bahasa kebangsaan dalam membuat ciapan mereka sejak semalam.

Perkembangan itu hadir selepas cadangan netizen sebelum ini yang mahukan pentadbir akaun tersebut berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia di platform media sosial itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penggunaan Bahasa Malaysia di akaun tersebut bagaimanapun difahamkan akan turut diselang-seli dengan penggunaan Bahasa Inggeris atau seperti yang dinyatakan di ruangan bio mereka- ‘Netflix, tapi rojak’.

net

“Hi semua, kami mendengar anda. Niat kami semestinya untuk mencetuskan kegembiraan kepada semua- sama ada anda peminat Eleven ataupun Sebelas.

“Mulai hari ini, kami akan menciap lagi kerap dalam Bahasa Malaysia. Jika anda lebih suka Bahasa Inggeris, jangan risau kami tetap adakan ciapan untuk anda juga,” kongsi mereka pada petang semalam.

Bukan sahaja mula membuat ciapan dalam Bahasa Malaysia, namun akaun Twitter laman penstriman kegemaran ramai itu dilihat turut mula membuat hantaran jenaka menggunakan bahasa kebangsaan.

Dengan penggunaan Bahasa Malaysia dalam membuat ciapan dan juga di ruangan bio mereka, akaun Twitter Netflix Malaysia kini mula menyertai beberapa lagi negara lain seperti Thailand, Jepun dan Brazil yang turut menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing dalam membuat ciapan.

Perkembangan itu sudah pastinya menggembirakan netizen tempatan sebelum ini yang mahukan perkara tersebut direalisasikan agar bahasa kebangsaan dapat diperkasakan di plaform media sosial.

Baca kembali perkongsian kami mengenai permintaan netizen Malaysia sebelum ini yang mahukan ciapan Bahasa Melayu oleh akaun ini melalui pautan di bawah. 

Netizen Mahu Akaun Twitter Netflix Malaysia Guna Bahasa Kebangsaan

Kemunculan Tandatangan Tun Mahathir Dalam Siri Drama Netflix Curi Perhatian Netizen

Netflix Bakal Tawarkan Satu Filem Baharu Setiap Minggu Sepanjang 2021

Sumber