Skim penipuan pelaburan sehingga kini masih berleluasa dan menyebabkan kerugian besar terhadap mangsanya. Selain orang awam, artis atau ikon dunia juga tidak terkecuali daripada menjadi buruan penipu di luar sana.

Terbaharu, jaguh pecut dunia iaitu Usian Bolt dilaporkan terperangkap dalam skim penipuan di firma pelaburan swasta di Jamaica dan kehilangan lebih daripada $12.7 juta (~RM54.5 juta) daripada akaunnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Eurosport

Memetik Bloomberg, peguam Linton P. Gordon berkata akaun Bolt sebelum ini mempunyai $12.8 juta (~RM54.5 juta) tetapi kini hanya berbaki $12,000 (RM51,546). Difahamkan akaun tersebut merupakan sebahagian daripada simpanan persaraan hidup Bolt.

“Sekiranya ini betul, maka ia adalah satu tindakan penipuan serius yang telah dilakukan terhadap anak guam kami,” kata peguam Bolt dalam surat yang dihantar kepada syarikat pelaburan tersebut.

Sumber Gambar; Knighbridgefx

Sekiranya wang tersebut tidak dikembalikan dalam tempoh 10 hari, maka firma pelaburan itu bakal berdepan dengan tindakan jenayah dan sivil. Bagaimanapun, syarikat berkenaan tidak memberi apa-apa maklum balas.

Di laman webnya, syarikat itu meminta pelanggan melakukan semua pertanyaan segera kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica yang sedang menyiasat firma tersebut.

“Kami memahami bahawa pelanggan bimbang untuk menerima lebih banyak maklumat, kami memberi jaminan kepada anda bahawa kami memantau perkara itu dengan teliti sepanjang siasatan dilakukan dan akan memaklumkan pelanggan kami mengenai resolusi itu sebaik sahaja maklumat itu tersedia,” kata syarikat itu.

Menteri Kewangan Jamaica, Nigel Clarke menyifatkan situasi ini sangat membimbangkan. Peguam Bolt menghantar surat tersebut pada Isnin lepas, hari yang sama Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica mengumumkan pelantikan juruaudit khas untuk meneliti dakwaan penipuan di syarikat yang berpangkalan di ibu kota Kingston itu

Pada hari Selasa, pihak berkuasa kewangan berkata mereka telah mengambil alih pengurusan sementara syarikat pelaburan swasta itu. Bagaimanapun, ia masih dibenarkan untuk terus beroperasi tetapi memerlukan kelulusan daripada kerajaan untuk melakukan sebarang transaksi.