Lagu Pulang nyanyian kumpulan K-Clique sememangnya menjadi salah satu lagu terbaru tahun ini yang sentiasa menjadi siulan orang ramai terutamanya anak-anak muda yang bekerja di ibu kota.

Lagu yang mengisahkan perjalanan sekumpulan anak muda yang terpaksa meninggalkan keluarga demi mencapai cita-cita mereka itu dikatakan sesuai dengan orang ramai terutama dalam berhadapan situasi pandemik ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maka tidak hairanlah, muzik video mereka untuk lagu berkenaan yang dimuat naik di YouTube dua hari lalu turut mendapat perhatian daripada akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia selepas akaun YouTube KKM itu meminta kebenaran untuk menggunakan lagu berkenaan sebelum sidang media harian oleh kementerian itu berkaitan COVID-19.

“Salam sejahtera, kami mohon untuk mainkan lagu ini sebelum sidang media secara langsung Perkembangan Terkini COVID19 di Malaysia.

“Harap dibenarkan. Apa-apa pun, lagu dan video muzik yang amat bagus. Semoga terus maju jaya,” tulis mereka.

pulang
Komen yang ditinggalkan akaun KKM di muzik video K-Clique

Turut muatkan frontliner

Walaupun lagu berkenaan mengisahkan perjalanan ahli kumpulan K-Clique namun ia masih sesuai untuk dikaitkan orang lain terutama dengan muzik video mereka yang menampilkan individu daripada pelbagai latar belakang.

Antara pekerjaan yang turut dimuatkan dalam muzik video terbaru mereka itu adalah pekerja barisan hadapan seperti polis dan bomba selain beberapa pekerjaan seperti pembancuh kopi dan pekerja pembersihan.

polis
Tangkap layar muzik video Pulang oleh K-CLique di YouTube

Walaupun hanya mengambil masa beberapa saat sahaja di awal video, namun ia mungkin menjadi antara sebab yang membuatkan ianya diminta untuk dimainkan sebelum sidang media harian.

Ditambah pula dengan dendangan lirik yang menceritakan tentang pengorbanan orang ramai berjauhan daripada keluarga ketika berhadapan pandemik COVID-19 lagu ini sememangnya sesuai untuk didengari dan pada masa sama mungkin menjelaskan kenapa ia menjadi pilihan untuk dimainkan sebelum sidang media harian oleh KKM yang ditonotn seluruh negara.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai K-Clique yang menerbitkan buku mereka sendiri di pautan di bawah. 

K-Clique Bakal Lancarkan Buku Biografi Kongsi Kisah Perjalanan Karier Seni Khas Untuk Peminat

Netizen Kecam Gadis Ambil Kesempatan Cium MK K-Clique Ketika Bergambar

K-Clique Muncul Artis Tempatan Paling Banyak Distrim Pengguna Spotify 2019

Sumber