Krisis jerebu hari ini mungkin akan menjadi antara jerebu paling teruk dalam sejarah dunia, kerana sehingga kini ia terus-menerus menggelapkan sebahagian besar langit Asia Tenggara dengan awan yang dipenuhi asap toksik. Akan tetapi ramai orang di Indonesia, termasuk Jakarta, tidak terjejas oleh jerebu dan dengan itu tidak menyedari betapa serius kesan jerebu terhadap penduduk kepulauan Sumatera dan negara-negara jiran.

Demi membantu rakyat Indonesia memahami keseriusan jerebu yang melanda, Republika, sebuah akhbar yang berpangkalan di Jakarta memilih untuk “menjerebui” muka depan akhbar mereka hari ini. Kapsyen kecil di bahagian bawah tertulis, “Saat tertutup asap, semua berita menjadi sulit dibaca”. Tajuk di bahagian bawah halaman, di atas gambar kanak-kanak berbasikal sambil menutup mulutnya, berbunyi: “Pelajar Mangsa Jerebu Terpaksa Pergi Sekolah”.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: Indonesia Denda Syarikat Perladangan RM4.51 Juta Kerana Mengakibatkan Jerebu

republika02

Ini adalah contoh keputusan editorial dan reka bentuk yang sangat berkuasa!

Dokumentasi perjalanan masuk ke dalam jerebu oleh Coconuts TV ini juga sangat membuka mata!

BACA: Industri Minyak Kelapa Sawit Indonesia Menyebabkan Jerebu Teruk Dalam Dan Luar Negara

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram