Umum mengetahui beberapa akhbar sebelum ini juga terpaksa memberhentikan sepenuhnya operasi atau menukarkan operasi kepada edisi online sahaja berikutan dengan trend membaca di negara hari ini. Bermula 1 Februari ini satu lagi akhbar yang dikenali sebagai akhbar Tamil Nesan bakal dihentikan operasi bermula bulan hadapan.

Akhbar Tamil Nesan mula diterbitkan pada 24 September 1924 khas untuk masyarakat India. Akhbar yang bakal menyambut ulang tahun ke-96 ini boleh dikatakan sebagai salah satu akhbar tertua yang pernah diterbitkan di Malaysia.

1934371_98956732853_5108605_n
sumber: front desk

Khabar ini disahkan sendiri oleh Pengarah Urusannya, Datuk Seri S Velpaari ketika ditemubual oleh Bernama News Channel. Selain Tamil Nesan, masih terdapat beberapa akhbar Tamil yang diterbitkan di negara ini seperti Malaysian Nanban, Makkal Osai dan Tamil Malar.

Sumber