Masihkah anda ingat rasa Maggi tomyam yang menggunakan pes yang dijual pada satu ketika dahulu? Mesti ada daripada anda yang rindu untuk nikmati Maggi tomyam tersebut, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @blurpppppppppp telah berkongsi gambar Maggi tomyam. Apa yang menarik perhatian adalah, Maggi tomyam dijual dalam pes dan bukannya serbuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa teruja kerana Maggi Tomyam menggunakan pes dijual kembali selepas beberapa tahun serbuk mengantikan pes.

Malah, para netizen berharap rasanya akan sama seperti dahulu dimana lebih berminyak dan pedas seperti beli di kedai makan. Bukan itu sahaja, para netizen juga sudah tidak sabar mahu membelinya dan nikmati Maggi tomyam.

https://twitter.com/zhienwru/status/1453418058748358656

Akan tetapi, ada juga netizen tidak tahu sebelum ini mi segera Maggi tomyam dijual dengan pes dan menyangka dari dulu ia dijual dengan serbuk. Bukan itu sahaja, para netizen yang sudah lama menantikan kemunculan semula Maggi tomyam dengan pes ini berasa gembira kerana akhirnya penantian mereka berakhir.

Sementara itu, kami kongsikan cara untuk masak mi segera yang enak pada pautan di bawah ini.

Resipi Enak Maggi Kari Tumis Ini Pasti Membuat Anda Terliur

Lihat Warga New York Terpesona Dengan Kesedapan Maggi Kari

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur