Sekiranya anda masih ingat, tarikh 11.11 yang lalu telah berlangsungnya promosi jualan hebat dimana sejumlah besar barangan dijual dengan harga diskaun. Jualan 11.11 ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai memesan barangan dan dan luar negara.

Malah, laman web luar negara iaitu Taobao telah mengumumkan kebanjiran barangan yang bakal dihantar oleh syarikat kurier. Tanpa diduga, kapal kontena yang membawa barangan yang dipesan melalui laman web Taobao seberat 879 tan dilaporkan karam selepas berlaku pelanggaran dengan sebuah lagi kapal berdekatan Fuzhou City 20 November lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2019-12-01 at 9.40.49 AM
Sumber: China Press

Insiden ini bukan sahaja membuatkan sejumlah besar barangan yang dipesan pembeli ‘terkorban’, malah turut meragut dua nyawa. Selain itu, tujuh lagi krew kapal dilaporkan cedera terdiri daripada warga Taiwan dan Indonesia.

Berdasarkan isu yang berlaku, Taobao menjanjikan untuk membayar balik harga barangan yang ditempah kepada para pengguna menggunakan platform Alipay. Untuk pengetahuan, insiden ini merupakan kali pertama Taobao gagal menghantar barangan kepada pengguna berikutan insiden.

shopping-gala-2017-e1510208612550
Sumber: Quartz

Jika anda ada membuat tempahan di Taobao sempena jualan 11.11, adalah lebih baik sekiranya anda menyemak status barangan anda untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pada minggu lalu, Taobao Store terbesar di Malaysia telah dibuka secara rasmi di Malaysia. Turut dikongsikan sejarah di sebalik Singles’ Day dan mengapa tarikh 11.11 dipilih.

‘Taobao Store’ Terbesar Di Malaysia Bakal Dibuka Di Cheras

Ketahui Sejarah Di Sebalik ‘Singles’ Day’ Dan Mengapa Tarikh 11.11 Dipilih

Sumber