Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat telah menarik balik perintah larangan import sarung tangan getah dari syarikat Malaysia yang sebelum ini dituduh menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan produk mereka.

Dalam satu kenyataan pada Selasa lalu, agensi itu berkata sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh WRP Asia Pasicif Sdn. Bhd. telah dibenarkan untuk mengimport barangan mereka ke Amerika Syarikat semula.

Image-30
HYPE
Pra-Tempah HUAWEI MatePad Pro Sekarang Untuk Dapatkan Hadiah Bernilai Lebih Dari RM1,000
Baca lagi →

Syarikat itu sebelum ini dikenakan perintah larangan pada 2019, namun diubah semula pada minggu ini dengan AS memberi alasan bahawa maklumat terbaru yang diperoleh oleh CBP menunjukkan syarikat itu tidak lagi menggunakan buruh paksa untuk menghasilkan produk mereka.

WRP mempunyai keupayaan untuk menghasilkan lebih daripada 11 bilion sarung tangan setahun.

Sebelum ini, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia telah memberi amaran bahawa terdapat kekurangan sarung tangan di beberapa negara kerana permintaan yang melampau sejak wabak COVID-19 melanda dunia.

Malaysia adalah pengeluar sarung tangan perubatan terbesar di dunia. Sarung tangan getah sangat diperlukan ketika ini apabila wabak COVID-19 telah menyerang lebih 100 negara dan telah mengjangkiti lebih 300,000 orang di seluruh dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19 dan beberapa laporan lain, klik pautan di bawah.

Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Contohi Wuhan Untuk ‘Putuskan’ COVID-19

Polis India Pukul Orang Awam Sehingga Maut Kerana Langgar Perintah ‘Lockdown’

AirAsia Sedia Gantung Perkhidmatan Hampir Semua Penerbangan Sehingga 25 April Ini

 

Anda Mungkin Suka