Nasib malang menimpa seorang wanita di bandar Hangzhou, Zhejiang apabila bahagian kiri wajahnya menjadi lumpuh selepas mendakwa menerima suntikan bagi menghilangkan kedutan.

Lebih parah lagi, kesan sampingan yang dialami oleh wanita yang bernama Zhao, 29 tahun, dikhuatiri akan menjadi kekal dan ia tidak dapat dipulihkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Agensi media antarabangsa melaporkan bahawa dia telah mendapatkan rawatan kecantikan di hospital pada 12 September lalu. Namun, selepas seminggu, kening kirinya tidak dapat digerakkan, manakala mulut dan mata kiri tidak dapat ditutup.

Tambah teruk lagi apabila dia dilaporkan telah mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan dan minum seperti biasa – dia terpaksa menggunakan straw untuk minum.

“Setiap kali lihat cermin, saya tidak nampak ekspresi wajah dan saya rasa mahu mati,” luahnya di laman web, GMW.cn.

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama dia melakukan rawatan kecantikan di hospital termasuk menerima suntikan di muka. Lawatan terbaharu itu juga dilakukan oleh dua doktor dengan seorang pernah ditemuinya sebelum ini.

Zhao bakal mengemukakan tuntutan ganti rugi bagi dan mahu individu yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Namun, pihak hospital tidak melayan tuntutan Zhao dan menafikan bahawa suntikan itu telah menyebabkan separuh muka Zhao lumpuh.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Nak Cantik Sampai Sakit, Kenapa Wanita Begitu Obses Dengan Kecantikan?

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial