Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Dia ditumbuk, ditendang dan dicekik oleh lawan demi wang kemenangan dan telah memperoleh berjuta-juta dalam setiap perlawanan yang dimenangi olehnya. Tiada lawan yang dapat takutkan jaguh UFC ini, tiada lawan yang mampu buat dia gementar. Malah Khabib Nurmagomedov pun belum mampu menewaskan rasa takut Conor McGregor.

Tetapi ada seorang yang berjaya menjentik sedikit rasa takut atlet dari Ireland ini, invididu itu adalah Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor LadBible.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Juara UFC itu pernah bertemu Putin di Moscow ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2018. Pertemuan mereka dirakam untuk saluran YouTube McGregor ‘TheMacLife’ dan kedua-duanya dilihat berbual ringkas. Mereka kemudian bergambar bersama tetapi McGregor membuat kesilapan dengan meletakkan lengannya di bahu Putin.

Salah seorang daripada pegawai keselamatan Putin memberitahu McGregor bahawa tingkah laku itu tidak dibenarkan dan eksperisi muka McGregor ketika mendengar ‘pantang larang’ tersebut mula berubah mendadak. Mereka kemudiannya bergambar dengan cara formal dan kelihatan McGregor mula gugup serta tidak selesa.

Walaupun ada rasa takut, gambar itu tetap di muat naik. Pertemuan dengan Putin itu disiarkan di laman Instagram McGregor yang menggelar Presiden Rusia itu sebagai salah seorang pemimpin terhebat pada zaman ini.

“Hari ini saya dijemput ke final Piala Dunia sebagai tetamu Presiden Rusia Vladimir Putin,” tulis McGregor. “Lelaki ini adalah salah seorang pemimpin terhebat pada zaman kita dan saya berbesar hati untuk menghadiri acara penting sebegitu bersamanya. Hari ini adalah satu penghormatan buat saya. Terima kasih dan tahniah atas Piala Dunia yang menakjubkan.”

Conor McGregor umum bersara daripada MMA pada usia 23 tahun. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Conor McGregor Umum Bersara Daripada MMA Pada Usia 31 Tahun

Berhenti Kelahi Seketika, Conor McGregor Ucap Takziah Buat Bapa Khabib

Conor McGregor Ajar Bagaimana Cara Memperoleh RM7.9 Juta Dalam Masa Satu Saat