Seorang lelaki warga asing yang didapati positif wabak coronavirus di Arab Saudi berdepan hukuman mati dengan cara dipancung. Tindakan beliau meludah di troli pada sebuah pusat membeli telah mendatangkan kemarahan orang ramai, lapor Al Bawaba.

Lelaki yang tidak disebut namanya telah ditangkap oleh para pekerja pusat membeli belah selepas melihat tingkah laku beliau yang meludah secara sembarangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam laporan yang dipetik dari The Sun, lelaki tersebut telah didapati positif wabak COVID-19, beliau diperiksa sewaktu berada di dalam tahanan. Pihak berkuasa turut menyembunyikan identiti dan warganegara lelaki tersebut.

Tidak jelas adakah lelaki itu sedar bahawa beliau dijangkiti wabak COVID-19 atau tidak semasa dia melakukan tindakan meludah di tempat awam.  Namun beberapa sumber rasmi menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut adalah tindakan yang dianggap sebagai kesalahan besar.

Middle East Monitor menyatakan bahawa jika polis Arab Saudi mendakwa beliau dengan kesalahan sengaja meludah di tempat awam dan mempunyai kesedaran bahawa dia memiliki virus yang telah membunuh lebih 30,000 orang di seluruh dunia, dia bakal menghadapi hukuman pancung dari kerajaan Saudi. 

“Tindakan ini dikutuk oleh agama dan hukum,” kata sumber tersebut kepada media Arab Saudi.

Tambah pihak berkuasa Saudi, tindakan beliau ini juga dilihat secara sengaja untuk menyebarkan wabak coronavirus di antara ahli masyarakat serta mahu menimbulkan panik di antara mereka.

Pihak berkuasa Saudi telah meminta semua orang yang mengunjungi pusat membeli belah tersebut untuk segera menjalani ujian di hospital.

Di Arab Saudi, lebih 1,104 kes positif COVID-19 dilaporkan di sana dengan 3 orang telah direkodkan meninggal dunia. Arab Saudi juga telah berjaya menyembuhkan 35 orang pesakit sejak wabak ini menyerang negara tersebut.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster, Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Redha ‘Dihina’ Masyarakat, 2 Jemaah Tabligh Seri Petaling Buka Cerita Sebenar