Rasanya ramai yang mengenali dan mengikuti perkembangan hidup penulis Ismail Ariffin (Lepat). Dalam satu perkongian video yang dikongsinya di laman Facebook, beliau dilihat merakam seorang lelaki yang sedang menggunting beg kecil berjenama Louis Vuitton.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

🙏🏽“Hangpa nak tau apa yang sedang aku perhatikan?? Sebenaqnya aku tak sedaq pun, yang aku ni sedang di layani macam @#%@!!, tapi Sahabat aku ni tiba tiba ‘stand up’, last last aku sedaq, memang champions lah Sahabat aku ni, bila dia kata ‘ni bab maruah Pat!!’ Aku tak suka orang layan kita macam pelaq! Kita baik dengan depa, depa tetap jugak dok ukoq kita kot luaq!!!” 🙏🏽woOW!!🙏🏽😘

Posted by Ismail Ariffin Lepat on Monday, February 25, 2019

Lelaki yang dirakam Lepat sebenarnya adalah rakannya, Zainal Abidin Awang. Menjadi tanda tanya apa yang menyebabkan rakannya itu sangat marah dengan staf di butik Louis Vuitton.

Menerusi komen yang ditulis oleh Zainal dalam video berkenaan, beliau sangat kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh staf di butik Louis Vuitton. Walaupun Lepat berambut panjang dan beliau pula sekadar berselipar, staf butik berkenaan sepatutnya melayan semua pelanggan sama rata tanpa diskriminasi.

Zainal turut menulis tujuan mereka ke butik berkenaan adalah untuk membuat tag nama untuk beg yang dibelinya 3 hari lepas. Selepas permintaan untuk menulis nama ditolak, beliau meminta gunting dan menggunting beg dibelinya di depan mata staf berkenaan.

Mungkin bagi Zainal, ini adalah pengajaran untuk semua supaya tidak pandang ‘hina’ pelanggan dan melayan setiap pelanggan sama rata. Adakah anda pernah melalui perkara seperti ini di butik mewah atau mana-mana butik di Malaysia?

P/S: Beg yang digalas Zainal dalam video ini pula adalah beg duffle edisi khas Louis Vuitton x Takashi Murakami yang bernilai sekitar USSD7,159 (~RM21,120) di eBay.

LV Murakami

Anda Mungkin Suka