Rasanya ramai yang mengenali dan mengikuti perkembangan hidup penulis Ismail Ariffin (Lepat). Dalam satu perkongian video yang dikongsinya di laman Facebook, beliau dilihat merakam seorang lelaki yang sedang menggunting beg kecil berjenama Louis Vuitton.

Lelaki yang dirakam Lepat sebenarnya adalah rakannya, Zainal Abidin Awang. Menjadi tanda tanya apa yang menyebabkan rakannya itu sangat marah dengan staf di butik Louis Vuitton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi komen yang ditulis oleh Zainal dalam video berkenaan, beliau sangat kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh staf di butik Louis Vuitton. Walaupun Lepat berambut panjang dan beliau pula sekadar berselipar, staf butik berkenaan sepatutnya melayan semua pelanggan sama rata tanpa diskriminasi.

Zainal turut menulis tujuan mereka ke butik berkenaan adalah untuk membuat tag nama untuk beg yang dibelinya 3 hari lepas. Selepas permintaan untuk menulis nama ditolak, beliau meminta gunting dan menggunting beg dibelinya di depan mata staf berkenaan.

Mungkin bagi Zainal, ini adalah pengajaran untuk semua supaya tidak pandang ‘hina’ pelanggan dan melayan setiap pelanggan sama rata. Adakah anda pernah melalui perkara seperti ini di butik mewah atau mana-mana butik di Malaysia?

P/S: Beg yang digalas Zainal dalam video ini pula adalah beg duffle edisi khas Louis Vuitton x Takashi Murakami yang bernilai sekitar USSD7,159 (~RM21,120) di eBay.

LV Murakami