Dua pemilik restoran makanan laut di Thailand dilaporkan telah dihukum penjara selama 1,446 tahun selepas mereka melakukan penipuan kepada pelanggan. Tahun lalu, restoran makanan laut Laemgate melancarkan satu promosi makanan jenis pembayaran awal yang dilancarkan secara dalam talian.

Lebih dari 20,000 orang telah membeli kupon promosi tersebut dengan nilai keseluruhan sebanyak 50 juta baht iaitu sekitar RM6,873,790. Namun, restoran makanan laut itu dikatakan tidak dapat memenuhi permintaan promosi yang mereka lancarkan dan memutuskan untuk menutup restoran tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dua pemilik, Apichart Bowornbancharak dan Prapassorn Bowornbancha ditangkap setelah orang ramai mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.

Di Thailand, hukuman penjara dengan waktu yang sangat lama adalah satu perkara yang biasa. Namun bagi kes penipuan, hukuman penjara tidak boleh melebihi hingga 20 tahun jika terbukti bersalah.

Sejak tahun lalu, Laemgate Restaurant mula menjual pelbagai baucar makanan laut menggunakan kaedah pembayaran awal. Salah satu kupon menawarkan makanan dengan harga 880 baht, atau sekitar RM121.00 untuk 10 orang. Harga yang jauh lebih murah berbanding restoran lain.

Pada mulanya, pelanggan yang telah membeli baucar tersebut akan dapat menikmati makanan laut mereka lebih awal. Namun disebabkan permintaan yang tinggi, pelanggan terpaksa menunggu sehingga berbulan-bulan lamanya.

Tetapi pada bulan Mac, Laemgate mengumumkan bahawa mereka terpaksa menutup premis dengan alasan mereka tidak lagi dapat memenuhi permintaan tersebut.

Mereka menawarkan bayaran balik kepada pelanggan yang telah membuat tempahan. Thai PBS melaporkan bahawa pihak restoran telah membayar kepada 375 orang manakala lebih 400 orang lagi masih menunggu wang mereka dipulangkan.

Ratusan pelanggan yang tidak berpuas hati telah membuat aduan ke atas pemilik Laemgate. Mereka menyatakan bahawa mereka telah melakukan penipuan kepada orang ramai.

Bowornbancha dan Bowornbancharak kemudian ditangkap atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu, dengan tujuan untuk menipu orang ramai. Mereka kemudian disabitkan dengan 723 tuduhan dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 1,446 tahun.

Mereka kemudian mengaku bersalah bagi setiap tuduhan dan hukuman mereka dikurangkan menjadi 723 tahun. Tetapi berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan, kedua-dua pemilik restoran dipenjara maksimum selama 20 tahun.

Syarikat jenama itu juga didenda sebanyak 1.8 juta baht iaitu sekitar RM247,456 dan mereka turut diperintah untuk membayar 2.5 juta baht kepada para pelanggan yang terkesan akibat penipuan ini.

Terdahulu, kami pernah merungkaikan taktik baharu scammer untuk menipu, klik pautan di bawah untuk membaca.

Guna Gambar ‘Anak Sakit’ Untuk Raih Simpati Taktik Terbaru Scammer Menipu Netizen

Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa

‘Scammer’ Jual Darah Dan Air Liur Bekas Pesakit COVID-19 Dengan Harga RM4,000 Di Dark Web

Sumber