Kalau anda sedang melalui hari yang tidak baik, anda akan fikir semula selepas membaca berita ini. Seorang lelaki yang meletakkan keretanya di tempat yang dilarang telah mengundang rasa curiga pihak polis.

Lelaki muda berkenaan, Olivier keluar untuk ke kelab malam dengan kereta Porsche Carrera S miliknya. Disebabkan beliau tidak dapat mencari parkir kosong untuk keretanya, Olivier mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya yang bernilai 150,000 pound itu di tempat menunggu teksi.

Disebabkan beliau tidak berupaya untuk memandu (mungkin mabuk), beliau telah mengambil teksi untuk pulang ke rumah dan meninggalkan kereta Porsche miliknya di tempat menunggu teksi itu dan membiarkan hazard light keretanya terpasang.

Disebabkan bandar Paris kini sering menjadi sasaran pengganas, setiap perkara akan dianggap mencurigakan bagi pihak berkuasa. Polis kemudiannya memanggil skuad bom dan mempunyai sebab yang munasabah untuk ‘meletupkan’ bahagian depan kereta Porsche Olivier.

Olivier kemudiannya datang untuk mengambil keretanya yang sudah rosak diletupkan pihak berkuasa dan tidak diberitahu sama ada beliau akan menerima pampasan dari insiden itu. “Saya memang tak sepatutnya meletakkan kereta saya di sana,” kata olivier kepada akhbar Le Parisien.

Pada pandangan saya, kereta ini tidak diletupkan pun. Cuma hood di bahagian depan telah dibuka secara paksa dan menyebabkan kerosakan pada hood kereta ini. Skuad bom berada di sana sebagai langkah berjaga-jaga jika benar ada bom dalam kereta Porsche ini.

Olivier kini sedang mendapatkan khidmat guaman untuk kes ini. Adakah pihak berkuasa Perancis bersalah dalam hal ini? Kalau pihak berkuasa di Malaysia guna alasan mencurigakan untuk letupkan kereta, banyak sudah kenderaan di Kuala Lumpur yang meletup.