Seorang lelaki yang menampar pekerja Starbucks selepas dia dilarang merokok di tempat awam telah didenda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di atas dakwaan cuba mencederakan pekerja tersebut.

Harian Metro melaporkan mahkamah turut menyatakan bahawa jika lelaki itu gagal membayar denda, dia boleh dikenakan penjara selama tiga bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Majistret Mohamed Fared Abdul Latif menjatuhkan denda kepada Mitchel Glend Samson, 27, setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan secara sukarela menyebabkan kecederaan kepada Nur Hanisah Abu Hasan, 23, di hadapan kedai Starbucks di Plaza Berjaya, Jalan Imbi, di sini di 3.20 petang pada 13 Nov.

Dia yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Semasa sesi Mahkamah, Samson memberitahu Hakim bahawa dia tidak dibenarkan masuk ke dalam premis disebabkan statusnya ‘berisiko tinggi’ selepas mengimbas aplikasi MySejahtera. Dia kemudiannya memilih untuk duduk di luar premis sambil menunggu rakannya membeli kopi, lapor Free Malaysia Today.

“Pekerja Starbucks datang dan menghalang saya dari menghisap rokok dengan cara yang kurang sopan. Saya cuba cakap baik-baik dengan dia tetapi tidak diendahkan.

“Tetapi saya mengaku bersalah kerana memang saya naik tangan kepadanya. Saya mohon maaf dan mohon hukuman ringan kerana masih menanggung keluarga di Sabah,” katanya.

Beberapa hari lalu, Starbuck ada mempromosikan Beli 1 Percuma 1, klik pautan di bawah untuk membaca.

Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ Starbucks Malaysia Dilanjutkan Sehingga 29 November 2020

‘Sold Out’ Dalam Masa 48 Jam Tahun Lepas, Starbucks Kembalikan Minuman Popular Pumpkin Spice Latte

Starbucks Kembali Tawar Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ Sehingga 25 Oktober 2020