Jika sebelum ini hangat dengan isu rendang crispy dimana salah seorang chef terkenal mengatakan rendang seharusnya garing dan bukannya basah, lain ceritanya pada kali ini.

Terbaru, chef terkenal dunia yang berasal dari US, Martha Stewart telah mengundang kontroversi apabila beliau tersilap memuat naik buah durian yang disangkanya sebagai buah nangka di laman blog beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Artikel berkenaan telah mendapat kecaman hebat pengguna di laman Twitter dan turut memerli chef terkenal ini. Akibat dihujani kecaman yang banyak, gambar berkenaan telah diturunkan dan artikel itu dibiarkan kosong tanpa sebarang gambar utama. Berikut merupakan antara komen daripada netizen buat Martha Stewart.

https://twitter.com/kixes/status/1039211445538484224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1039211445538484224%7Ctwcon%5Elogo&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2018%2F09%2F12%2Fchef-selebriti-popular-dunia-dibahan-netizen-keliru-nangka-dengan-durian%2F

https://twitter.com/serena_cheong/status/1039542331706241024

Kesilapan berkenaan mungkin berpunca daripada penulis blog Martha yang terkeliru bagaimana rupa buah nangka dan durian. Sepatutnya penulis Martha perlu membuat lebih kajian tentang buah berkenaan sekiranya beliau tidak begitu pasti tentang buah berkenaan.

Jadi, berhati-hatilah chef antarabangsa selepas ini. Tersilap langkah maka anda akan terima nasib yang sama seperti penulis Martha Stewart ini.