Akid One adalah salah seorang artis grafiti tempatan yang kini sudah mula menempa nama di luar negara. Passion beliau yang tinggi terhadap kerjaya seni ini kini sudah membuahkan hasil. Antara karya beliau yang paling besar setakat ini adalah projek beliau bersama Petronas, Tanah Airku. Beliau dan rakannya Qayyum mengambil masa 48 hari untuk menyiapkan mural gergasi ini untuk projek Tanah Airku ini. Terus maju Akid One!