Nampaknya Wakanda tidak lagi fantasi dan bakal menjadi realiti tidak lama lagi. Itulah yang cuba direalisasikan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Lonely, Akon.

Akon tiga hari lalu telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan ‘Akon City’ di Senegal. Perkara berkenaan turut disahkan oleh Akon di akaun Twitter miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Paling menarik, bandar dengan keluasan 2,000 ekar ini turut akan menggunakan mata wang sendiri iaitu Akoin, mata wang kripto yang turut diilhamkan oleh Akon sebelum ini.

Akon pada tahun 2018 berkata blockchain adalah jawapan untuk pembangunan benua Afrika. Akon City dilihat sebagai salah satu cara untuk membangunkan Senegal serta meningkatkan ekonomi negara berkenaan.

Tetapi menurut Akon, beliau tidak mahu menjadi pelopor untuk teknologi berkenaan. “Saya yang hasilkan konsep ini dan dari segi teknologi, saya berikan para ‘geek’ untuk fikirkan caranya,” kata Akon.

Akoin dikhabarkan boleh beroperasi di 54 negara Afrika dan sekiranya semua berjalan lancar, dompet digital untuk Akoin akan mula beroperasi Februari tahun ini.

Adakah anda rasa bandar ini akan berjaya? Mata wang kripto ini walaupun mampu memberi pulangan yang hebat, ia tetap mempunyai risiko yang tinggi. Mata wang kripto Quadrigo ini adalah salah satu contohnya.

RM560.54 Juta Beku Selepas Pemilik Kriptowang ‘Quadrigo’ Meninggal Dunia

Akon Umum Nama Kriptowang Miliknya Sebagai ‘Akoin’